Monday, January 28, 2013

If it's meant to be, it will be :')

Assalamualaikum ,
I'm back, nothing much to update in here. Lately, I'm just keep myself  busy with studies. And yet,  this it my final year, so I'm keep struggle through this year. Hoping to continue to degree level In Shaa Allah. Hoping for the best. Pray for me please.

I'm here just to share what i found in Dena Bahrin twitter about love, and it's really keep me strong after read  it as a teenage. soooo lets ;)

Maybe we feel that everyone is leaving us, or we keep pushing people away or maybe we thought our life is so tiring, how we keep hoping on someone who doesn't even bother to keep us in their life. Maybe we think how life is so unfair to love someone who doesn't even fight for us. But one thing, maybe Allah wants us to experience this, the pain might makes us wiser, we shall learn better, he wants us to keep praying. Knee down and tell him everything. Ask him anything, as he knows what's best for us. Maybe, it's a test where one day, there will be that one lucky person who deserves us the best and that time comes, the person exist without we ever expected. Bear this in mind, no matter how far we go, we deny, when we believe in him, That moment will come. If it's meant to be, honey, it will be. Hold on a little while. Hold on

Saturday, July 28, 2012

I'm back !



I'm back, but there's just too many story to tell. And I'm not in the mood to story. haha. Kbye for now :P






 thanks for reading ;)

Thursday, June 7, 2012

Ohsome day with ohsome friends :D

Hello and assalamualaikum !
It's been ages tak bukak blog nih, malas nak tulis and malas nak bukak laptop. munasabah giler alasan, hee. Sejak cuti 2 bulan nih byk aktiviti doe, aktiviti same tiap hari makan tido je. Terbaek baq hang ! haha. Btw, den nk habaq hang ni. Last wednesday ( 6 june ) my bestfriend forever A'liah ajak pegi shooting lagu untuk member dia ' Dila' a.k.a Adele. Suare dia terbaek baq hang, sumpah tak tipu.

First time jgk tgk dorg shoot lagu. Bkn tgk je siap jd assistant camerawoman lagi. Pandai ar sikit guna camera mahal tuh. Dpt tutorial free pulokk.Ohsome gile !

Nah ni hasil nye :)

 meet A'liah (left) and Dila (right )

 ktorg assistant video and camerawoman* peace
dah siap keje lepak kt Georgetown Wangsa Walk jap, mkn sume org blanje lepas kerja keras. Tu yg best ! hee

then sempat celebrate birthday lia omey, cake secret recipe 1 slice je pun. tp bila kita share sama2 it was so sweet kn ? That's what we call sharing is caring :)
kejap je ktorg menggilaa then terus balik. video tak sempat nk upload lambat sgt. Next time la ea.


                                                                         I love u guys :')


 thanks for reading ;)


Wednesday, February 22, 2012

try something new !


hello peeps,
lately byk kita tgk org pakai lens kan ? bkn byk je, SGT banyak !
so, remaja cm aku ni mst nak try sumthing new kn. sooo berani kn diri ni mencuba sesuatu yg baru. ape salah nya. so terdetik kat hati ni nak pakai contact lens.

nak cite first time pakai lens.
ok ! aku beli lens warna grey, mmg suke sangat wane gray skunk ni. x taw knp. first time pakai tuh, berair mateeee , bkn berair sbb sakit tp berminit2 gak mate dipakse, huhu. then x berjaya pakai sendiri, hok aloh ! bkn men penakot kn ?haha

lastly suruh member pakai kn bru blh, sbb mate ni x berani sgt. After a few days, baru lah berani pakai sendiri dan hasilnya sgt memuaskan hati. tak sakit pun, tp kene pandai jage kebersihan mata tuu. And ni contoh lens yg biase org pakai :



ok, yg atas ni pelik sikit, ade ke org pakai ?
.
.
.
.
.



NEW ME :D

nampak pelik plak kn ?
pape pun senyum senget pweasee, hee





thanks for reading ;)

salah ke ??

salah ke nak kawan dengan ex korang sendiri? Well ~ Ni sebenarnya atas kehendak individu kan? Ada yang cakap tak salah, ada yang cakap salah. Ada yang cakap tak boleh kawan dengan ex nanti jadi lain, ada yang cakap boleh je nak kawan dengan ex sebab tak baik putuskan sillaturrahim.

Ada orang cakap salah sebab yelah ~ Kau dah pernah ada sejarah hidup bercinta dengan dia, orang yang pernah kau panggil sayang, baby bagai -.- So bila nak tukarkan semua tu kepada aku engkau, awak saya macam pelik sikit lah kan?


Lepas tu, ada yang cakap salah sebab past is past. Kalau dah buang orang tu,just let it go je. Tak payah nak sibuk kejar die balik. Ada yang cakap salah sebab bila dah kawan dengan orang yang pernah menjadi pujaan hati kau dulu, nanti kau tak boleh nak lupakan die atau senang cakap kau akan hidup dalam bayangan die lah ~ Dan ada jugak yang cakap kalau kawan dengan ex nanti akan buat hati kau lagi sakit? Erk?


Ada yang cakap tak salah. Sebab yelah ~ Once kita dah kenal orang tu, biarlah jadi kawan. Walaupun korang dah tak ada pape, but still can be friends kan?Lagipun tak baik nak putuskan sillaturrahim sesama kita nie. Let gone by gone.Gituuuuuuuuu ~ :)


Aku dengar ada yang cakap tak salah sebab benda tu dah lepas. Sekarang ni kita kena tumpukan pada masa depan dan tengok macamana kita nak handle situasi yang bakal kita hadapi semua nie. Ada qoutes yang mengatakan bahawa 'being friends with your ex ; it shows that you two are matured enough to get over the fact that you're not meant to be together' See? Berkawan dengan ex jugak menunjukkan yang kita ni matang dalam pemikiran :)


Ada jugakk yang cakap tak boleh kawan dengan ex sebab nanti akan kacau kehidupan ex kita tu apatah lagi kalau dia ada pengganti kita. Nanti pengganti kita tu akan fikir yang bukan-bukan dan kita akan dipersalahkan kalau hubungan dorang akan retak. Ada jugak yang cakap tak boleh kawan sebab nanti akantimbul balik perasaan sayang dan cinta tue. Bak kata orang dulu-dulu, apatah tebing di pantai pun akan berubah, ini kan lagi hati manusia.Chewaaaah! Haha :D


Dannn ada jugak yang cakap boleh je nak kawan dengan ex sebab kita kan dah besar, tak payahlah nak act macam budak kecik-kecik, bila dapat tahu ex satu group, terus merayu dengan cikgu, nak tukar group. What the? -.- Kita kan dah besar, dah boleh fikir dah mana yang baik dan buruk. Lagipun, kau ingat kawan-kawan kau suka ke kalau kau nak act mengada-ngada macam nie bila berkaitan dengan ex? Oh plisss ~ Lagi orang menyampah adalah. Haha :D



Bagi pendapat aku lah kan, aku sangatsangat tak kisah nak kawan dengan ex. Sebab yang lepas tu biarlah lepas. Dah memang tak ada jodoh kan? Kalau ada jodoh tue, adalah. Ibarat lagu nie 'Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bikin mufakat' Eh ye ker? Haha :D Lantokklahh! :D


Dannnnnn semua ex-ex aku masih kawan dengan aku sampai hari ini dan kitorang still contact each other dalam FB, jumpa kat kampus ke kan? Sebab bagi aku, otak kita hendaklah seiring dengan pertambahan umur kau. Kalau umur dah 20 tahun tapi perangai macam budak umur 2 tahun, sape nak layan kehendak kita kan?

tapi kadang2 teringat ex aku pernah ckp ' saya tak nak kita bermusuh',
awk, sy sentiasa ingat ayat tu, ayat terakhir dari mulut awk :')




thanks for reading ;)


Tuesday, December 13, 2011

hati seorang wanita :')

Ketika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.

Ketika kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Ketika seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin karena keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

ketika kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Jagalah perasaannya dan cintailah sepenuh hatimu karna Allah,sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya.


thanks for reading ;)

Friday, August 19, 2011

lailatul Qadr | kelebihan & tanda-tanda malam seribu bulan

RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Al-Quran diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum ia diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun sebagai pegangan dan petunjuk kepada manusia.

Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam Nuzul Quran berikutan ia adalah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira’ yang terjadi pada 17 Ramadan.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5) Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.

Cuma yang diterangkan adalah nilai keutamaannya yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu, apabila tibanya malam Lailatul Qadar, ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai satu malam Lailatul Qadar di dalamnya.

Namun Allah SWT berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Sebagai umat Islam, kita dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca al-Quran, berdoa, mengucapkan wirid, berzikir atau mengadakan kuliah agama.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam berkenaan, malaikat turun dan berjalan kepada seluruh individu yang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka.

Maka, dengan rahmat dan keredaan Allah SWT, diampunkan dosa hamba-Nya kecuali kepada empat golongan manusia iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang bermusuhan

Bagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari Lailatul Qadar, jangan pula kita lupakan hari lain dalam Ramadan kerana keseluruhan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan hanya diberi kepada umat Rasulullah SAW dan tidak kepada umat terdahulu sebelumnya

sama-sama lah kita merebut peluang ini , selamat beribadah !

thanks for reading ;)