Tuesday, December 13, 2011

hati seorang wanita :')

Ketika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.

Ketika kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Ketika seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin karena keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

ketika kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Jagalah perasaannya dan cintailah sepenuh hatimu karna Allah,sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya.


thanks for reading ;)

Friday, August 19, 2011

lailatul Qadr | kelebihan & tanda-tanda malam seribu bulan

RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Al-Quran diturunkan sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum ia diturunkan kepada Rasulullah SAW selama 23 tahun sebagai pegangan dan petunjuk kepada manusia.

Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam Nuzul Quran berikutan ia adalah saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW di gua Hira’ yang terjadi pada 17 Ramadan.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam kemuliaan dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunnya malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadar, 1-5) Walaupun diturunkan ayat ini, namun Allah SWT tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar.

Cuma yang diterangkan adalah nilai keutamaannya yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu, apabila tibanya malam Lailatul Qadar, ibadatnya lebih baik daripada seribu bulan yang tidak mempunyai satu malam Lailatul Qadar di dalamnya.

Namun Allah SWT berfirman: “Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati, dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. Iaitu urusan yang besar di sisi kami, sesungguhnya kami yang mengutuskan rasul-rasul.” (al-Dukhan: 2-5) Sebagai umat Islam, kita dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca al-Quran, berdoa, mengucapkan wirid, berzikir atau mengadakan kuliah agama.

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam berkenaan, malaikat turun dan berjalan kepada seluruh individu yang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka.

Maka, dengan rahmat dan keredaan Allah SWT, diampunkan dosa hamba-Nya kecuali kepada empat golongan manusia iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang bermusuhan

Bagaimanapun, dalam kesibukan kita mencari Lailatul Qadar, jangan pula kita lupakan hari lain dalam Ramadan kerana keseluruhan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan hanya diberi kepada umat Rasulullah SAW dan tidak kepada umat terdahulu sebelumnya

sama-sama lah kita merebut peluang ini , selamat beribadah !

thanks for reading ;)

Thursday, June 30, 2011

28 / 6 / 2011

hmm , time 26/6 malam smbut bday i bkn main happy lagi, ummi siap wat bbq . fuhh ! sedap gle. Tp abah je xde cuz outstation T______T. Xpe2 , adik beradik sume ada mmg syok la kn (cuma x ckup sorg ) cume sempat snap 1 pic je. sbb kelulur sgt nak mkn bbq.haha




pagi 28/6 pukul 10 pagi
time ni sedih teramat plak sbb terpakse berpisah dgn ummi n abah about a month. Mane x sedih nye tiap hari duk peluk ummi (uppss terbongkar rahsie . Yupp ! sy manje .haha )

dah2 back to the story , dlm pkul 8 lbh kami dah smpi KLIA, then sume da lapo . so p KFC , mmg terbaek la breakfast mkn porridge je (da mcm org sakit ) harge dia pun terbaek !aduh


ni haa my breakfast

ok then sempat sembang2 ngn ummi and abah then check beg2 sume , da nk pkul 9.
emm , ok then terpakse lepas kn dorg naik flight. i menangis paling teruk ,haha ! tp nangis time kt dlm kete la.huuhu. x sempat nk amek byk gmbr ummi and abah .ni je yg sempat tangkap

sorry gmbr dr blkg je , x sempat nk amek gmbr byk2 cuz ktorg tgh rushing
ok ! ade bdk bju PINK tu nak msuk gambr. ok fine ! fine !haha
one month it feels like one year , we miss u both :')

THE END >.<

thanks for reading ;)

Wednesday, June 15, 2011

zaman hingus .hee

jom teka sape budak pipi chubby isap jari ni + gemox + berhingus + pewot buncit ni ?



.
.
.
.


amacam ? sexy tak budak tewcik ni.haha
err ? budak gemox + mata bulat . sape la ni ?





makin membesar dah budak ni , besar ke ?haha. Persoalan ?

tu dia ! budak kechik bergigi rabbit :B

suke buat muke innocent eyh. comel la tu ?haha

sape budak ni ?

thanks for reading ;)

Wednesday, May 4, 2011

Andai lelaki tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga
ibu yang terbaik untuk anak2 anda.